19 January 2018

Dotonbori

Pejam celik...pelik celik rupanya dah dekat setahun sejak aku balik dari Jepun. Cepat sungguh masa tu berjalan, kan. Tak sedar pun. Tak sedar jugak umur pun dah makin meningkat. Opssss...😅

Lepas isi perut sampai kenyang, aku pergi Dotonbori. Alahhh... tempat yang famous dengan Glico Man tu. So, pergi balik kat Osakako St. tu ⇒ Transfer kat Hommachi St ⇒ Namba St (Exit 15B). Masa kat Hommachi ni sempatlah tunaikan hajat PIC nak singgah Hard Rock Cafe. Alkisahnya HRC kat sini keluar ikut Exit 9. Betul² tepi jalan. Tapi kecil je...pilihan pun tak banyak. Rasanya kalau nak pergi HRC kat Osaka ni better pergi yang kat Universal Studio tu. Gambar tak sempat lak nak snap. Settle memborong HRC, naik balik train pergi Namba. Yerlaaa...tujuannya kan nak naik cruise (lagiiiik). Rugi tau kalau tak guna betul² OAP ni. 

Sampai Namba St. keluar Exit 15B...time² ni lah egg wifi habis bateri. Cuak sekejap sebab tak tau nak arah ke mana. Last2 aku main jalan je dengan harapan jangan sesat, 재발... Berjalanlah aku ke arah kiri dan belok ke kanan sebab tengok ramai je orang ikut jalan tu😊 Tadaaa...sekali nampak kedai crab besar kat bawah ni. Time ni keyakinan aku dah semakin tinggi😁 sebab aku tau kedai crab besar tu landmark yang confirm takkan silap.


Ramai giler orang kat sini. So dari sini aku jalan je terus. Tak jauh tu stop lagi. Jumpa 👇 ni plak. Yang ni aku suka. Hahahaa...jakun jap. Bertukar jadi kanak² ribena...join the crowd walaupun mula² tak faham apa yang dorang ni buat ramai². Kalau pandai cubalah teka and cari.



River cruise ni sampai pukul 9 malam. Tapi aku nye slot pukul 6.30 petang. Cruise ni memang dah cover dalam OAP tapi still kena pergi kaunter tiket dia...tak jauh pun dari waiting deck kat bawah ni. Just tunjuk OAP nanti dia akan bagi tiket. Boat ni runs every 15 min selama 20 min lebih kurang.


Since slot aku tu lama lagi sempatlah bergambar dengan landmark tempat ni sebelum hari gelap.


Sempat jugalah aku cuci mata kat Shinsaibashi-suji tu. Tempat ni memang happening. Macam² ada. Ala-ala Myeongdong Street tapi berbumbung. Souvenir pun ada jual kat sini tapi aku tak belilah sebab lama lagi nak balik. Some more malas nak berangkut² nanti. Tapi PIC aku selamba dia je menyopingkan diri tanpa rasa bersalah👀👀


Dalam 6.15 petang camtu aku patah balik kat deck. Since jarak depart antara boat tu tak lama memang ada confuse sikitlah time nak beratur tu. Tapi nasib baik ada Oppa ni jaga timing dan cari orang. So, ikut je lah arahan dia. Of course lah aku tak faham dia cakap apa kan...alert je lah dengan card yang dia tunjuk tu. Jangan degil sangat plak. Kang ada yang kena luku.




But honestly next time kalau nak naik lagi better amik yang after 7 p.m. Time aku tu lampu² tak meriah lagi. So aku just nampak view waktu hari masih siang. 


Lagipun kalau dalam 7 lebih sikit akan ada computer graphic movie show kat Glico Man tu. Ikutkan kata guide aku tu, waktu kitorang sampai kat Glico tu show sepatutnya dah ada tapi hari ni lambat pula. So I guess...nasib² je lah. 


Area sini waktu malam memang happening. Ada band nyanyi juga kat sini dengan costume kartun animasi Jepun. Best je nak layan. Tapi tak lama pun aku layan sebab dah mula sejuk. Jalan sikit² yang tak berapa nak sikit tu pastu terus balik. Nak kemas beg lagi, esok nak berpindah-randah ke Kyoto lak.




11 January 2018

Avillion's Endless Excitement

This is my third and will be the last posts on Avillion Port Dickson. Jemu sudah. Rasa nak move on dah lama tapi gambar banyak lagi tak tepek. Kalau boleh semua nak tepek tapi with limited time and kerajinan yang tak berapa nak ada lately buat au fikir banyak kali. Somemore, post on Japan Trip pun tak settle lagi. Padahal dah berbulan balik, info pun makin luput dari ingatan nampak gayanya😖

So, lepas breakfast aku take time jalan² tengok apa yang ada kat sini. Hotel ni luckily ada pantai dia sendiri. Tapi aku tak sempat nak lepak kat pantai pun sebab tak cukup masa. Tepek gambar je lah, malas nak cerita😀.










Lupa plak...pool kat sini ada dua and open 24hours. So kalau rasa kulit tu tebal dan kebal bolehlah swim jam 2 or 3 pagi sekalipun. Takde sapa nak larang. 

Sekian sajalah keterujaan aku pasal hotel ni. Simpan buat kenangan. Esok² kalau ada rezeki lebih or time stress terlampau bolehlah harapnya aku pujuk diri sendiri book kat sini lagi😀.





20 December 2017

Avillion Port Dickson Part II

Over, kan. Pegi PD je pun tapi review hotel sampai ada Part II😁😁😁 

Ok...kali ni aku nak cerita apa yang bestnya bilik yang aku booked tu. As mentioned earlier, aku booked untuk Premium Water Chalet. Bilik type ni rasanya memang entitled two coupons for evening cocktail at aVi Lounge. Evening cocktail ni start pukul 6.00 sampai 7.30 petang.

aVi Lounge - 2nd Floor
Rupa²nya lounge ni sebelah bilik aku je pun, alahaiii...Even gambar kat atas ni pun amik dari balcony bilik je. Punyelah dekat. 

Nak dijadikan cerita, lepas masuk bilik aku ajaklah PIC pegi lounge tu. Tapi dia wat perangai plak😜 Dia tanya aku ni lounge camne. Aku pulak yang pening nak jawab. Alkisahnya dia ingat ni lounge yang ada alcohol bagai tu. Aku tak puas hati. Aku paksa² manja gak ajak dia pegi. Yelaaa...salah aku gaklah sebab tak pay attention masa staff hotel tu explain. Tapi dalam kepala aku fikir, takkanlah dia nak bagi aku masuk kalau betul apa yang member aku tu cakap. Dia pun tau aku camne kot (dari segi appearance la).

So, gerimis pun mengundang bila PIC dah setuju nak pegi dan kitorang nak keluar bilik. Redah je lah. Payung pulak takde. Nasib baik dekat. Lounge ni kat 2nd floor, bawah dia spa kalau tak silap aku.

Nak masuk lounge ni pun segan tau sebab nampak macam orang have² je😇 Masuk terus order air. Staff yang jaga kaunter tu nasib baik peramah. Lepas order, terus dia suruh kitorang ambil gambar  kat luar sebab hujan makin lebat. Agaknya dia dah faham, semua orang aim sofa separa bulat kat luar tu kot. Kalau tengok dalam website dia memang cantiklah kalau ambil gambar kat situ.

Belakang aku tu staff yang peramah tu tengah tutup sofa dengan canvas untuk elak basah. Cacat tau gambar aku😩
Nak juga gambar kenangan kat sini walau hujan. Gigih sangat😎
Aku jamin sunset kat sini mesti lagi cantik kalau cuaca tak hujan
Let me tell you a secret - aim for this spot where that couple seated. The view is awesome tapi gambar tak menunjukkan gambaran sebenar sebab ambil pakai phone je. Kamera tinggal dalam bilik. Padan muka sama aku, kan.
Some of the yummy desserts
Me...dengan perasaan ala² orang have²😁
Lama jugaklah kitorang lepak dalam ni. Seronok beb lepak kat lounge ni. Seat memang tak banyak. Yelah...maybe sebab memang tak semua guest pun boleh masuk. Tapi serius memang seronok, cantik and sangat privacy. Macam aku cakap tadi...terasa macam orang have² gitu. Giler tak have² kalau normal room rate macam suku gaji aku😁😁😁.

Memang berbaloi sangatlah dengan apa yang aku bayar when niat aku datang sini memang untuk relax dan cari ketenangan je. Next time memang boleh datang lagi. I will💭...







17 November 2017

Avillion Port Dickson

Just came back from short vacay at Melaka and Port Dickson. Tak sabar nak review pasal hotel yang aku duduk kat PD, Avillion Port Dickson. Kat PD ni ada dua Avillion, satu yang aku duduk ni and satu lagi Avillion Admiral Cove. Avillion Port Dickson ni konsep dia water chalet. Since percutian ni pun santai-santai dan nak rileks so aku pilih water chalet. 

Source : Avillion Port Dickson's Official Website
Booking made through Booking.com. Boleh je nak book direct kat website hotel. Location memang strategik sebab tak jauh dari pekan PD and terletak kat area pantai Teluk Kemang. 

Saujana mata memandang
Reception area
Aku pilih bilik premium water chalet. Harga semalam masa booking dapat RM400+. Memang menangislah kalau tengok harga. Biasanya memang aku takkan pilih duduk hotel mahal camni. Tapi sebab tujuan aku untuk rileks a.k.a reward diri sendiri, pejam mata jelah bayar share berdua dengan P.I.C. Lepas check in, aku kena amik lif ke 1st floor. Agak jauh jugaklah sebenarnya bilik yang aku dapat tu tapi disebabkan view cantik takdelah rasa sangat.

Laluan ke Rangoon
Lalu Pet Farm jumpa Cik Merak. Budak² sukalah sebab haiwan tu memang dilepaskan dan boleh diberi makan
One of attraction on the way to my room
 

Buka je pintu bilik, mak aiiiiii...terus speechless!😮
Premium Water Chalet

The premium water chalet is located furthest out to the sea and comes with a private balcony that offers spectacular sea view of the Strait of Malacca.
With the ocean as a backdrop and the waves lapping beneath you, be transported far out into at sea with modern comfort and hospitality.

Ye...aku dapat semua tu😍 Sangat puas hati. Berbaloi dengan harga yang dibayar.

  


Lagi bestnye hotel ni shower room dia open air. Kiranya aku mandi berbumbungkan langitlah😁 Gitewww... Amenities semua ada so tak perlu risau kalau tertinggal apa² keperluan.



Overall memang sangat berpuas hati dengan bilik ni. Tak rugi bayar mahal untuk sesuatu yang berbaloi, kan. Bilik besar, katil besar, yang paling penting bilik ni memang menghadap Selat Melaka dan kebetulan sangat tak perlu susah payah keluar bilik untuk tengok sunset/sunrise sebab bilik ni memang port terbaik menikmati sunset/sunrise. Alhamdulillah...

Kalau tanya aku...aku akan datang balik ke sini dan nak bilik ni juga boleh tak😀










27 August 2017

Osaka Bay Santa Maria River Cruise


Turun dari ferris wheel tadi jalan ke sebelah kiri dah sampai Port of Osaka. Dekat je. Tujuan ke sini adalah nak naik river cruise kat atas tu - Santa Maria Day Cruise. Selain tu, ada satu lagi cruise waktu malam iaitu Santa Maria Twilight Cruise. Tapi untuk setiap penggunaan OAP cuma boleh pilih salah satu je antara dua cruises tu. So, kami pilih day cruise saja. Macam kapal lanun, kan😀


Nak naik cruise ni kena bayar ¥1,600 (dewasa) atau ¥700 (kanak-kanak), tapi dengan OAP naik free saja🙌. Kaunter tiket kat tingkat atas. Tapi kalau ada OAP tak perlu exchange pun, pergi je beratur dekat pier dan tunjuk pass. Waktu operasi cruise ni dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, sejam sekali sebab kalau cruise yang siang ni it takes 50 minutes to complete the route. Compared to day cruise, twilight cruise takes 105 minutes to complete the journey. Night cruise start jam 7.00 petang. 


Slot yang aku naik ni ramai orang. Tak ingat pukul berapa tapi rasanya dalam pukul 1.00 or 2.00 lebih camtu. Nak naik kenalah beratur,kan. Kalau nak dapat tempat duduk best...kenalah cepat. Kitorang dapat duduk kat seat belakang sekali kat deck atas yang ada flag tiga tu. Free seating...so siapa cepat dia dapat.


Dari awal naik cruise cuaca dah mendung...angin memang kuat giler takyah cakap. Rasa nak terbang je. Aku turun deck bawah disebabkan angin yang terlalu kuat tu. Tinjaulah apa yang ada kat bawah ni. Rupa-rupanya besar juga kapal ni. Kat tingkat bawah ada lagi seating area dan juga cafe. So, kalau rasa cam dahaga ke lapar ke...bolehlah jenguk apa yang boleh dimakan. Tapi sah-sahlah on your own discretion.




Mungkin sebab angin dan hujan tu, cafe ni penuh masa aku sampai. Jalan lebih kurang, aku baik balik ke deck luar. Bila tengok kat  deck paling atas, dah tak ramai orang kat situ. Boleh dikatakan kosong hahhaaa...padahal masing-masing berebut nak duduk kat atas masa mula-mula naik tadi. Semua orang dah beralih cari tempat yang selamat😀

Masa ni boleh nampak ombak yang kuat. Ambil gambar pun habis terbang tudung. Sedar tak sedar, berakhirlah sudah 50 minit perjalanan menyelusuri sungai. Rasa cam kejap pulak. Nasib baik juga hujan tak lebat masa sampai kat pier. Renyai-renyai je.

Turun dari kapal kami decided untuk pergi makan kat Bab-Ul-Hayat. Dari research yang aku buat setakat ni, itulah satu-satunya restoran makanan halal yang ada kat Tempozan Marketplace. Kalau rajin nanti aku buat entry lain. Sekarang ni makin malas pula nak update blog😸